troli khas untuk pengumpul sampah


jangan hina orang gelandangan ataupun homeless kerana mereka lebih mulia dari peragut dan penyamun. gelandangan bermaksud orang yang merempat dan tiada rumah yang tetap. rata2 mereka mencari nafkah dengan mengutip sampah seperti tin kosong dan kotak di tong2 sampah untuk di jual. jangan salahkan mereka kerana mereka di takdirkan begitu. apa pun mereka tetap berusaha untuk meneruskan hidup dengan menjual sampah. jadi bersyukurlah sesiapa yg dapat rezeki yang melimpah-ruah.

di negara kita orang gelandangan di pandang hina dan tak kurang juga mereka dianggap orang gila kerana keadaan yang kusut tidak terurus dan busuk. tetapi lain pula di barat dua orang designer Gregor Timlin dan Barry Shehan telah mengambil inisiatif untuk membantu orang2 gelandangan dengan mencipata troli khas untuk mereka yang di beri nama Shelter cart.

Shelter cart adalah sebuah troli untuk memudahkan mereka mengumpul sampah dan pada malam hari pula ianya boleh di ubah suai menjadi tempat tinggal kepada para gelandangan yang boleh di ubah kemana sahaja. meterial yang di gunakan juga sangat ringan dan di sertakan dengan roda yang mudah untuk membelok kemana saja apabila di tolak. ini akan memudahkan mereka mencari nafkah dengan mengutip sampah. selain dari itu rekabentuk atapnya juga boleh di laras mengikut keselesaan. bagi si perekabentuknya menggangap ciptaan ini adalah satu produk sosial mereka. dan berharap sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan para gelandangan mencari nafkah. satu lagi contoh orang yang pandai memanfaatkan sampah. bagi sesiapa yang memandang rendah gelandangan dibarat jangan terkejut kerana ada sesetengah gelandangan lebih kaya dari anda malah ada yang berstatus jutawan...

untuk membeli atau melihat barang-barang menarik sila ke sector66.blogspot.com





DARI MEJA SECTOR-66

0 comments:

Post a Comment

 
2012 sector 66 | Blogger Templates for HostGator Coupon Code | J-REKA.COM Sponsors: WooThemes Coupon Code, Rockable Press Discount Code