berkahwin dengan duit hasil jualan tin kosong


ini satu lagi kisah orang yang kreatif mengunakan bahan buangan. Geyer Parrish dan Peter Andrea yang juga di gelar "pasangan tin kosong" telah berjaya mencapai matlamat mereka untuk mengumpul sebanyak 400,000 tin aluminium untuk membayar kos perkahwinan mereka yang berjumlah usd 3,800.

Parrish adalah seorang pencinta alam yang juga menanam sayur-sayuran organik di dihalaman rumahnya di Spokane, Washington, telah mendapat satu idea di samping mengumpul tin kosong untuk majlis perkahwinan mereka, mereka juga dapat membantu dalam penjagaan alam sekitar. oleh sebab itu Beliau telah membuat sebuah laman web kitar semula untuk mengumpul seberapa banyak tin minuman dan
laman web tersebut cepat mendapat perhatian.

Pasangan itu berkata ia mengambil masa 197 hari untuk mencapai matlamat mereka dan mereka berjaya memungut purata kira-kira 1 tin kosong setiap 40 saat. perkara ini telah mendapat perhatian salah satu syarikat kitar semula iaitu Alcoa Aluminium dan bersetuju menderma 150,000 tin kepada mereka.

walaupun telah berjaya mengumpul wang untuk perkahwinan,
mereka merancang untuk terus mengumpul dan menggitar semula tin aluminium dan ingin menderma 60% daripada hasil keuntungan kepada Rim Country Land Institute and Doctors. Parrish berkata ianya sebagai "hadiah perkahwinan mereka kepada alam sekitar."

apa yang menarik kisah kejaya pasangan ini telah menjadi ikutan. ada pasangan telah mengumpul bahan kitar semula untuk majlis perkahwinan dan bulan madu mereka dan seorang wanita telah mengumpul tin untuk membayar kos pembedahan pemindahan hatinya. tak ada yang mustahil kalau kita berusaha. yang penting jangan memandang rendah orang lain... salam..



untuk membeli atau melihat barang-barang menarik sila ke sector66.blogspot.com

DARI MEJA SECTOR-66

telefon tembaga antik (rm 400)


0 comments:

Post a Comment

 
2012 sector 66 | Blogger Templates for HostGator Coupon Code | J-REKA.COM Sponsors: WooThemes Coupon Code, Rockable Press Discount Code