tips mudah untuk memulakan perniagaan internet

sebenarnya memulakan perniagaan internet ni sangat lah mudah dan tak perlu modal yang besar. masalahnya cuma produk apa yang nak di jual. bagi yang dah ada produk tak ada masalah korang boleh terus iklan kan produk tersebut. tapi bagi yang tak ada produk jangan risau dalam internet korang boleh jual apa saja termasuk yang di anggap sampah oleh kita tapi berguna untuk orang lain. sebagai contoh blog sector66.blogspot.com yang menjual apa saja ni hanya beberapa bulan di bina dah mula menunjukan hasil walaupun tak sebanyak mana tapi boleh la sekadar menambah pendapatan. yang penting kena iklas dan jangan pikir nak cepat kaya saja.

konsep perniagaan internet atau blog ni sama saja macam membuka kedai. letak barang di atas para dan buat promosi. kalau ada rezeki adalah pembeli. sama juga macam di dalam internet. letak gambar buat promosi. kalau ada yang berminat adalah yang akan call korang. cuma bezanya perniagaan internet lebih independent. perniagaan korang akan berjalan 24 jam dan 7 hari seminggu. telifon di sector66 pernah di hubungi pukul 1 pagi oleh pembeli.

aku bukan lah otai busines online. aku cuma mewakili kelompok antara orang yang baru nak kenal dunia busines internet. di sini aku nak berkongsi tips mula2 sector66.blogspot di bina. harap2 sikit-sebanyak dapat membantu.

- yang paling utama dan yang paling penting adalah produk apa yang nak jual. tak kira lah apa pun tin kosong atau kotak lama. mungkin berguna pada seseorang.

- sediakan kamera digital. jangan beli yang terlalu murah dan terlalu mahal. cukup lah yang ada function micro. bukan apa untuk memudahkan untuk ambil gambar benda yang kecil atau untuk zoom tulisan yang ada pada barangan untuk di jadikan bukti seperti jenama, penerangan dan sebagainya.

- sediakan satu ruang mengambil gambar, ambil gambar produk anda. kalau tak ada cari apa saja barangan yang tidak digunakan lagi seperti baju, seluar jeans, kasut lama, bateri lama kereta dan apa saja. walaupun rosak. yang penting gambar mestilah cantik dan jelas.

- kemudahan internet, mahal juga kan nak masuk internet nak beli pc/laptop lagi. jangan risau korang boleh mulakan dengan pergi ke cyber cafe berhampiran. setahun aku berusaha belajar untuk membuat blog dan cuba menceburi busines internet. tanpa ada internet sendiri.

- buat blog di sini, Insyaalah kalau ada masa aku akan ajar dalam entri yang akan datang. mudah saja buat blog. tak perlu mengupah orang lain. semua percuma. untuk buat blog simple macam sector66.blogspot ni cuma setengah jam di perlukan.

- siap blog, uploadkan gambar barangan anda dan tulis sedikit info tentang produk atau barangan korang. disini korang perlu kreatif dan jangan sekali-kali menipu. jika barangan tersebut rosak perlulah dinyatakan kerosakan barangan tersebut. mungkin si pembeli ingin membuat alat ganti. letakan juga no telifon, email dan nama dengan jelas supaya mudah untuk pembeli menghubungi korang.

- tetapkan harga pada barangan. untuk barangan biasa perlulah lebih murah dari harga kedai, tetapi mesti ada keuntungan. jangan lupa letakan kos untuk penghantaran.

- bila blog dah siap cantik, korang perlu mempromosikan blog korang. kalau dulu memang susah nak promosi blog. tapi sekarang banyak kemudahan di sediakan untuk korang mempromosikan blog perniagaan di laman2 sosial seperti facebook, twetter, apesal.com serta mengunakan medium laman web pengiklanan yang popular seperti di mudah.com atau di ebay dan korang boleh link terus ke blog korang. seperti link mudah.com di sebelah kanan blog ini.

- bila dah siap cuma perlu tunggu sahaja pangilan dari pembeli yang berminat. jangan lupa juga buat satu ruang eventory di rumah anda supaya senang untuk mencari barang apabila ada pembeli.

- jika ada masa update blog korang dan masukan barangan baru. rajin2 lah promosi blog korang melalui laman sosial. hias blog cantik2 mengikut kreativiti korang sendiri. tapi biarlah ringkas jangan terlalu berserabut.

- jangan cepat putus asa. kalau tak ada pembeli biarkan saja barangan ada di dalam blog tersebut kerana mungkin ada yang berminat satu hari nanti.

dah setle korang sekarang sorang usahawan internet. mudah kan. kalau tak paham korang boleh hubungi aku 011-12402186 atau email apitx2@yahoo.com. kalau ada masa aku akan bantu mana yang aku tau. setakat basic tak ada masalah. tapi kalau nak yg lebih detail dan mencabar lagi elok lah cari yang otai2. salam...


untuk membeli atau melihat barang-barang menarik sila ke sector66.blogspot.com

DARI MEJA SECTOR-66

bag shopping kfc edisi terhad (rm 30)

0 comments:

Post a Comment

 
2012 sector 66 | Blogger Templates for HostGator Coupon Code | J-REKA.COM Sponsors: WooThemes Coupon Code, Rockable Press Discount Code