menambah pendapatan dengan sampah

untuk entry kali ni sector66 ingin menulis tentang mencari pendapatan sampingan dengan sampah. entry ni hanya sesuai untuk orang yang berpendapatan cukup2 makan, kadang2 gaji pun negative. sector66 percaya ada orang yang macam ni sbb sector66 sendiri pernah alami. tapi sector66 tetap teruskan juga sehingga sekarang dan mengangap sebagai hobi yang mendatangkan pendapatan. ok. sector66 telah mengumpul barang buangan seperti plastik, besi dan kertas di sekitar rumah dan office. jangan lupa kalau di kawasan luar rumah anda minta dulu jangan sekali2 mencuri walaupun botol kosong sekali pun.

setelah di kumpul letakkan di dalam beg plastik yang besar supaya senang di timbang di pusat kitar semula nanti. dan akhir sekali pergi ke pusat kitar semula yang terdekat. jangan lupa tanya harga untuk sekilo besi dan plastik. harganya tidak menentu seperti juga harga emas ada naik dan turun. jika harga yg di tawarkan logik dan anda rasa sesuai boleh terus jualkan dan mendapat keuntungan dengan kosong modal. mudah kan. gambar di bawah adalah contoh urusan penjualan sampah oleh sector66 untuk mendapatkan pendapatan. walaupun tak banyak tapi boleh la untuk menambah pendapatan.

pelbagai botol plastic terbuang dan
diletakakan di dalam plastik yang
besar supaya mudah untuk ditimbang

pelbagai bahan logam terbuang yang di
kumpul. logam besi, tembaga dan tin
minuman aluminium antara bahan buangan
yang mempunyai nilai yang tinggi

bateri kereta rosak boleh dijual sehinga rm10
satu, mengikut saiz lebih besar lebih mahal.
ada juga yang di timbang rm1.75 untuk 1 kg

dan ini hasil jualan bahan buangan diatas untuk
sehari tak sampai 1 jam. walaupun tak
sebanyak mana boleh la sekadar menambah
pendapatan. tak perlu modal sesen pun.



DARI MEJA SECTOR-66

1 comments:

Tepoh Dock said...

Bagus kot...kitar semula ni...tambah duit bila kumpul barang yang leh recycle....

Post a Comment

 
2012 sector 66 | Blogger Templates for HostGator Coupon Code | J-REKA.COM Sponsors: WooThemes Coupon Code, Rockable Press Discount Code